Thursday, April 24, 2008

Ayah Mithali

Minggu nih nampak gaya ambe kena jadi ayah mithali laaah.Kena tinggal oleh isteri yang diarahkan berkursus selama 3 hari.(Mujur laa 3 ari ja)Setakat nak layan kerenah anak2 nih,tak dok hal punya kecuali kalau dibuatnya nangis tengah malam nak ke ummi nya...baru laa nak pening tu

Sunday, April 13, 2008

Kawan,teman dan sahabat

Assalamualaikum,
hidup ni memang perlu ada kawan dan berkawan,tapi diri kita ni ada kawan ke?
atau sekadar dikelilingi oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan?
yang biasanya ada gitulah keadaan sebenarnya
kawan makan kawan
susahnya nak cari kawan sejati,yang boleh ditafsir sebagai sahabat sejati..sanggup bersusah diri demi persaudaraan yang hakiki

Friday, April 11, 2008

layan ja

sesekali dengar lagu Thai..ok jugak
bukannya faham tapi muziknya ngam laa dengan telinga

Thursday, April 10, 2008

Jumaat 1/04/08 5.45a.m

kenapa laa mata tak berapa buleh nak lelap nih,banyak sangat kot mikir ke masalah negara
bukannya ada kena mengena pun dengan diri sendiri,tetapi kekadang timbul jugak dalam fikiran ,apalah nak jadi dengan kepimpinan negara ambe sekarang
lebih ramai yang sibuk untuk mengaut keuntungan walaupun dengan menzalimi hak rakyat sendiri
apa yang ambe nampak,mundur dan hampehnya orang Melayu kita sekarang nih,bukannya akibat perbuatan orang atau kaum lain tetapi akibat perbuatan pemimpin kita sendiri yang menipu.

tak tahu laa nak kata apa.ntah-ntah esok yang mendatang,harus orang Melayu nih tak ada tanah kelahiran sendiri,terjajah kepada orang lain

Assalamualaikum

Selama ini ambe hanya melihat dan menatap blog-blog kepunyaan sahabat yang lain
Ada juga keinginan untuk berkongsi dan membicarakan tentang perkara-perkara yang telah dan sedang berlaku di sekeliling kehidupan kita sekarang ini.
Mungkin ada pengajaran dan panduan yang boleh dikutip dan dititipkan dari pengalaman yang boleh dikongsi