Wednesday, May 7, 2008

Pemimpin?


Pemimpin adalah :

· orang yang berada di depan menjadi imam (teladan)

· orang yang berada di belakang menjadi khalifah (pendorong)

· orang yang berada di tengah menjadi amir, (ikut merasakan)

· orang yang pandai memerintah

· orang yang rela diperintah oleh masyarakat

· orang yang tabah

· orang yang mengabdi

· orang yang pandai mengantar dan menuntun rakyatnya kepada yang baik.



Pemimpin-pemimpin yang ada sekarang nih menepati ker kesemua syarat-syarat di atas?

Apa yang ambe nampak pemimpin yang sibuk mengkayakan diri sendiri adalah dan kemudian berdegar-degar memberitahu pada orang kampung bahawa dia lah pemimpin yang berjiwa rakyat

Hampeh betul

Saturday, May 3, 2008

Suami Mithali

Usia perkahwinan ambe baru ja 10 tahun.Setakat nih masih lagi dalam mood bercinta walaupun anak baru 3(nak tambah lagi laa tu).Kalau difikir-fikir pada umur perjalanan perkahwinan ini,ambe cukup-cukup bersyukur ke hadrat Allah kerana masih sudi memberkati akan ikatan ini dengan limpahan kasih sayang dan cinta.

Nak kata ambe sempurna sesangat,jauh jugoklah berbanding dengan mereka yang baik segala sahsiahnya,tapi ambe masih lagi berusaha dan belajar bagaimana dapat menyempurnakan tanggungjawab yang besar ini.

Nak kata baik sesangat,tak lah jugak tetapi untuk bulan Ramadhan sahaja selama sebulan,ambe lah yang bangun seawal pagi untuk menyediakan segala hidangan bersahur dan setelah segalanya siap terhidang,barulah ambe kejutkan anak isteri untuk bangun bersahur

Sekurang-kurangnya sedikit kepertanggungjawaban itu telah ambe sediakan jawapannya di padang mashyar kelak.

Wallahuallam